Tautan Kasih


suasana tiap kali raya yg pasti akan dirindui..


hurm..
susahnya nk tahan air mata dari meluncur laju bila ingat arwah abah..

msg dari JJ
21 - Sept - 2010
"Just to inform : buah pinggang abah dah rosak n jantung abah x kuat dah 24% je berfungsi kadang2 terhenti.. Perlukan pembedahan kena rujuk ke IJN. So doa2 la kan sihat n buat apa yg patut.."

msg dari Along
08 - Feb - 2011
"Salam. Dktr bgtau along pparu abah brair, jantung lemah, buah pggang 30% aje yg elok & testis maby ada jgkitan kuman. Jd dktr mnta kjsama kita skluarga pantau mkn minum & ubat abah spy kondisi abah xjd lbih truk.. :( cadangan?"

msg dari alan
16 - Mar -2011 00:22
"Abah masuk wad blek. Xtahan katenya"

--time ni panggil ambulan..

pagi tu call mak tanya pasal abah.. mak kata abah ok, mcm tu la.. pas sejam tu dpt msg dr alan

msg dari alan
23 - Mar - 2011 10:43
"Salam. Abh tenat."

23 - Mar - 2011 10 : 45
"Pg td aku jge memg abh menggigil 1 bdan. Sejuk katenya, tp kipas xbkak pun time tu."

-- trus call mak balik tapi lan angkat.. time tu x tau nk buat pe dah.. dalam hati mintak sangat ada kesempatan tuk tengok abah..
call kak junai tanya dia nk balik x, tapi dia kata dia xtau pape pun.. x siapa msg bgtau lagi kot.

msg dari JJ
"Salam innalillahiwainnailaihirajiun abah sudah kembali kerahmatullah alfatihah."

(air mata ku x bhenti mengalir)

dapat je msg ni menggigil badan.. menangis sekuat hati.. maafkan siti.. abah!
pastu ain call bgtau.. aku x dapat nak cakap.. kata ah.. sambil angguk. nak panggil si suami dia kt luar ketuk beg..
aku pegi kat tingkap dan jerit "abang.. abah dah xde!.." terduduk aku kat tingkap tu..
x tercapai kain baju nak masuk dalam beg..

ya Allah.. perjalanan hampir tujuh jam dari Perlis nak blk Gombak amat2 seksa aku rasa.. sempat ke tidak aku nk cium abah.. tapi aku pasrah.. sampai jer aku kt kawasan kubur.. sorang pun xde, hampir maghrib time tu.. terkilannya!

esok pagi tu aku g kubur dgn adek beradek lain.. sayu jer.. btul ke kubur abah tu..
bila tengok keliling..
ya Allah..! aku pernah tengok tempat ni.. dalam mimpi!
masih jelas.. dalam mimpi tu akan ada ahli keluarga aku yg akan arwah selepas arwah nenek Wan dan kuburnya di tepi parit..!
itu kubur abah! ..ya Allah.. kenapa aku x sedar..

ingat lagi.. kali terakhir balik Gombak.. time tu nak salam abah.. abah pandang jauh sangat.. x cakap apa2 pun cam selalu dia kan pesan jangan bawa kereta laju.. berhenti rehat ke.. senyap je..
terdetik di hati.. kenapa abah pelik jer ni.. harap bukan seperti yang aku fikirkan..

tapi bak kata abib..
semua dah tertulis..

terima kasih abah..
kerana garangnya abah mengajar kami erti hormat, menjadi insan berguna..
garangnya abah waktu ajar mengaji supaya kami kenal ilmu al-Quran..
bisanya kata2 abah supaya kami lebih menjaga adab..
nasihat2 abah walau pun kami acuh x acuh tapi tetap kami ambil..
terima kasih abah..

(aku x leh tahan menangis dengan lajunya wpun dok menaip di kedai)

ya Allah.. berkat Ramadhan ni kau berkatilah dan tempatkan dia di kalangan org2 yang beriman.. soleh..
sampaikanlah doa dan kasih kami anak2nya..
amin..

al-Fatihah



bunga melur kesukaan abah aku letak di pusaranya..
al-fatihah..